Baiklah, hari ini saya akan 'menulis' dalam Bahasa Melayu (Okayy mungkin sikit Bahasa Inggeris) atas komen komen yang diberikan orang lain terhadap saya.
Apa yang saya ingin mengatakan pada hari ini adalah tentang penggunaan Bahasa Inggeris saya di blog dan juga Facebook.
Memang ada orang yang mengatakan pada saya bahawasanya saya seperti 'lupa daratan' kerana nak bajet bagus cakap inggeris kerana saya kerap menggunakan bahasa inggeris.
Ada juga yang mengatakan 'cakap Bahasa Melayu pun tak seberapa, nak cakap Bahasa Inggeris konon'.
Jawapan saya untuk semua persoalan persoalan dari mereka adalah,
'saya berbahasa inggeris kerana ini cara saya memperbaiki percakapan saya bertutur dalam Bahasa Inggeris. Memang saya punya Grammar hancur, tapi saya cuba untuk memperbaiki diri saya sendiri dan saya tidak ada masalah dengan segala kritikan anda.'
Oh ya, untuk memuaskan hati ramai pihak.
Saya ada 'link' untuk anda tonton apa yang Vlogger terkenal Malaysia kata tentang isu ini.
Jawapan beliau sudah cukup untuk menjawab kritikan anda.
Terima kasih kerana sudi baca :)
untuk 'link' yang saya kata sila 'click' Me!
Sekian, Wassalam :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan