Jumaat, November 9

Kesah.

Assalamualaikum salam sejahtera pembuka bicara.
Alhamdulillah dapat kembali ke alam penceritaan kisah hidup waktu dulu-dulu.
Tapi kini aku kembali dengan cara yang baru dan lain, tidak seperti dulu.
Ya, dulu aku bercerita tentang kisah aku yang entah apa apa.
Mengarut. Bahasa entah apa apa.
Bercerita hal peribadi.
Kini tidak lagi.
Ya, mungkin masih menceritakan kisah peribadi. TETAPI cerita Umum sahaja :)
13PG,18+ tak ada. Semuanya (U)mum.
Aku sedia dan menerima segala cacian, makian, kritikan dan segala apa yang diperdengarkan dalam fikiran aku. Aku redha dan aku cuba untuk memperbaikinya jika ia memudaratkan kesihatan.
Dan juga mungkin aku akan kerap bersuara didalam B-L-O-G ini dengan cara "sastera".
Walaupun aku kosong ilmu sastera, aku tetap akan cuba kerana aku minat.
Tujuan aku bukannya populariti, disanjung tinggi.
Ini hanya sebagai satu 'diari' yang aku ada untuk berkongsi cerita dan menambah keyakinan diri dalam berkata-kata.
Biarpun tiada yang membaca, tiada yang mengambil kisah.
Tidak mengapa. Asalkan aku gembira, kau gembira.
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

(: finfinfinfin :)

. dalam kolam ada ikan , cerita pelik saya sajikan .

ternampak kucing memakan ikan , kalau post saya membuatkan anda terasa harap maafkan :)